30 October 2011

Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

Hey all ,
Tadi sara bosan-2 sara pegi lah blogwalking kat blog nie , terjumpa satu entry yang menarik minat sara , jum sara nak share dengan korang semua ,




Alasan yang selalu digunakan

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”


Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. 

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

29 October 2011

Love You :D




28 October 2011

New Look

Hello Stalker,

Eh biyy i love you like heaven :') tibatiba sara jadi mereng sekejap nth kenapa lah sara hari nie kan ? haha tapi entah nape tibatiba sara rindu dekat biyy sara nie , >.<' #gediknye Atototoi , tengok blog sara sekarang ? Dah lah buruk sakai pulak tu ,hee . Sara saje suke-2  nak try templete Blogskin nie tgok templete blogskin nie semuanye lawa-2 so ape lagi sara pon tergoda lah , tu sebab sara punya blog sekarang nie sudah burukk ^^' haha

*nak berangan kejap auww >,<
I wish someone will looks at me like Ron looks at Herminone
Thanks biyy for creating a smile on my face.


19 October 2011

Happy Birthday To Me


Hari nie 19 oktober 2011, cukup 15 tahun aku ade dekat dunia nie . Terima kasih dekat mama kerana telah lahirkan Sara dekat dunia nie . Bersyukur kepada-NYA kerana telah memberi peluang kepada aku untuk nikmati hidup di dunia nie .

HAPPY BIRTHDAY TO ME , HAPPY BIRTHDAY TO ME, HAPPY BIRTHDAY TO ME
jum nyanyi sekali untuk aku lagu nie :)
Thanks kepada yang wish, thanks kepada yang bagi hadiah and thanks kepada yang ingat birthday Sara,thanks kepada member yang setia dengan Sara and thanks kepada kau kerana buad aku sedih and nangis .
Awak mari sini dengar story Sara, first person wish my birthday ialah Nur Alyya bt. Abdul Wahid . Thanks Nuya . Sayang Nuya :*
Sampai jew dekat sch , Nuya bagi sara cupcakes ! Wah , tak sangke Nuya bagi sara cupkes , sedap ouh cupkes tu .
Thanks kepada kau , kerana kau bagi aku sedih and nangis , thanks sesangat . aku sayang kau kawan ! Sampai hati kan kau tak nak cakap dengan aku ? Sampai hati kau lari bile aku nak jumpa kau kan . Thanks sesangat sebab kau bagi aku dengan SHISHI nangis . And thanks jugak kerana kau ingat birthday aku , aku sayang kau ;(
KBAI , tade mood nak tulis panjang-2 buad aku sedih jew ;(

10 October 2011

Merdeka !


Wahh , Sara sudah merdeka lorh , korang da Merdeka kew ? belum lah tu kan-3 ? So pegi study leklok lah yea :D HAHA akhirnye abeh sudah exam PMR , penat Sara dok study-2 bagai . Sekarang bermula mase untuk Sara enjoy dengan member . yeyeye , horey :* hehehe 
Tadi last paper Kh . Time paper kh kan-3 , ramai lah manusia nak exam tapi lagi setengah jam nak abeh , hui dalam kelas jus tinggal 7 orang jew semua gurl , maklumlah kan budak kelas Sara tu semuanye pandai-2 tu sebab semua keluar awal . HAHA
Eh , anway korang yang belum abeh exam terutamanya SPM candidates , study leklok ouke :) 
MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA :) 
Sory lah over sikit. sebab terlebih exited giler nie . :D