10 February 2014

Random



Assalamualaikum. Harini aku nak story sikit setelah sekian lama aku menyepikan diri tanpa berblogging. Aku menyepikan diri kerana sebelum ini aku akan menghadapi peperiksaan spm. Bagiku spm ini adalah untuk menentukan masa depan ku untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi macam nak amik bidang ape, belajar dekat universiti mane kan? Pada saat dan ketika ini aku hanya mampu bertawakal dan berdoa agar aku mendapat keputusan yang baik. Seminggu sebelum aku menghadapi peperiksaan aku digemparkan dengan kematian opah ku yang tersayang. Seriously aku sangat sayang padanya tapi Allah lebih sayang padanya. Bagiku dia seorang opah yang amat sporting, baik dan sayang akan anak dan juga cucu-cucunya. Sebelum dia pergi meninggalkan dunia yang fana ini dia sempat meminta maaf kepada semua orang part yang paling sedih time arwah opahku minta maaf dengan atuk aku. Dia seperti tahu bahawa tak lama lagi dia akan pergi buat selama-lamanya. Menurut kakak ku serta makku  dalam pukul 6.45 minit pagi dia boleh berjalan lagi tapi lepas tuh beliau tetiba sakit kaki dan meninggal dunia lebih kurang jam 7 pagi. Pagi tuh aku dengan adik aku sedang siap- siap nak pergi sekolah tapi lepas dengar berita tersebut kelam kabut kita orang pergi rumah opah. Jujur aku cakap bertapa sedihnye kehilangan orang yang tersayang.*AL-FATIHAH*

Selepas habis  menduduki spm aku terus duduk di rumah macam saat sekarang takde banyak aktiviti yang dapat aku lakukan. Aku hanya mampu menonton movie, beronline dan juga membaca novel. Setakat ini banyak duit di habiskan membeli novel. hahaha antara novel yang dibeli Betul, suami aku pelakon, 9 nyawa, ranggau, kupilih hatimu dan juga bukan isteri sempurna. Aku minat sangat baca novel tambah-tambah lagi novel yang berbentuk misteri seperti penulisan Ramlee Awang Murshid. Haritu cari jugak novel magis tapi tak jumpa. Aku nak sangat baca novel tuh hmmmmm :( sekarang nieh aku perlukan novel baru, semua novel yang aku beli dah habis baca. Aku asyik ulang novel yang lama. Novel RAM nie semuanya memang best dan misteri. Tak tau kenapa aku memang minat novel yang berbentuk fakta dan misteri. Novel dia susah nak jangka siapa yang jahat. Bila baca tuh nak tau jugak ape sebenarnye yang terjadi. Lepas nieh nak cari sampai dapat novel magis dengan mandatori. hehehe :3

No comments:

Post a Comment